Bahkan setelah empat tahun berlalu
Aku masih menaruh hati padamu
Tanpa kenal erti jemu
Berani aku ungkapkan
Walau tiada jawapan kau berikan
Aku masih teguh berdiri menunggumu
Walau aku tahu
Mustahil untuk kau rasakan yang sama
Aku mahu kita sepasukan
Punya ruang untuk saling meluah
Segala yang terbuku didalam hati
Ruang berteduh saat hati dilanda badai
Aku mahu sentiasa disitu
Pada setiap titik terendah dalam hidupmu
Juga ruang kau berkongsi gelak tawa kegembiraan
Aku tahu kau tidak akan pernah aku dapat miliki
Namun aku akan tetap menyukaimu
Sehingga rasa suka itu
Hilang dengan sendiri
Ditelan arus masa
Jika benar engkau ditakdirkan buat aku
Sejauh mana pun kita berada
Kita akan tetap bersama
ANM
No comments:
Post a Comment