Saturday, 28 June 2025

CRUSH TAK JADI 🤣

Aku ada crush kat sorang lelaki ni. sedekad jugak la sebab minat dia dari zaman sekolah. Untuk makluman, aku ni masa zaman sekolah ada 2 crush. Kita bagi sorang ni A, sorang lagi M. M ni memang meluas ya tau aku memang suka dia. Nak kata obses ke? Lebih kurang la. Tapi tu cerita lama, member tu pon dah kawin. So perasaan suka tu tak berapa sangat lepas habis sekolah. Benda ni suka-suka monyet je. Sekarang ni sebenarnya aku nak cerita pasal A HAHAHA orang yang aku suka masa aku nampak dia untuk kali yang pertama 🤣

A ni dulu boleh kira macam editor sekolah la. Dia antara yang uruskan sesi tangkap gambar kelas untuk majalah sekolah. Tapi masa ni, takda siapa pon tau aku menaruh perasaan kat dia dalam diam. 

Habis je sekolah, dia teruskan hidup dia, aku dengan hidup aku sampai la 4 tahun kebelakang ni aku jumpa di balik. masa zaman-zaman pkp la ni. aku tak ingat macam mana boleh jumpa media sosial dia at the first place, but i did. And guess whattt, dia follow balik instagram aku time tu hahaha munge munge la hati kita wak hahaha mula2 kita reply tanya dapat ambil vaksin kat mana masuk je kali kedua tak boleh jadi ni terus kata "Just nak busybody, single lagi ke dah kawin?" HAHAHAHAHHA Bukan apa guys, kita bukan gelojohhhh kita just nak tauuu. kalau la tiba2 dia kata dia laki orang, aku memang tidak dah nak masuk line. aku menunggu reply dia tu memang berdebar jugak la. sampaikan aku mute la chat dia masa tu takut2 dia kata dia dah kawin. tak lama lepas tu dia pon reply HAHAHA DIA KATA DIA SINGLE WEEHHH SINGLEEEE KAU TAU TAK AKU MASA NI DAH SENYUM LEBAR MACAM KAMBING 🤣🤣🤣  rasa dia tu umpama macam kau duduk dalam satu ruang gelap tiba-tiba ada cahaya datang menerangi setiap pelosok yang ada dalam ruang tu AKU TAKTAU APA YANG MERASUKI DIRI AKU TIME TU, AKU DENGAN BERANI TANYA LA DIA NAK KENAL BOLEH KEEE   DIA KATA BOLEHHHHH 😍 AHHHHHH 🤣🤣 DIA KATA OF COURSE 💃🏻💃🏻 aku rasa masa tu aku adalah wanita berjaya sebab aku BERJAYA DAPATKAN NOMBOR TELEFON CRUSH HAAHAHAHAH 💃🏻💃🏻 Soooo kat sini la bermula nya seketul aina chat dengan crush dia sendiri. 🤣💃🏻

Dah dapat nombor kann hati pon harus munge munge    masa dapat nombor crush ni, dia ada la jugak kata dia reply lambat unless kalau benda tu melibatkan kerja. dia dah bagitau awal2 ehh katanya takut aku tertunggu tunggu. aku pon faham. benda tengah kerja kannn jadinya aku pon takmau la mengganggu konsentrasi dia tapi tulaaa aku tak sangka lama jugak nak tunggu dia reply. Rasa macam baik ws dengan dinding 🤣

Cut it short, untuk sepanjang 4 tahun ni aku dah confess kat dia 3 kali. Hasilnya? 3 kali rejection. Orang kata confession kali ketiga tu akan lucky. tapi bukan untuk aku. Tapi apa yang aku respect dia, dia reject dengan baik. So kalau nak kata menyesal untuk invest perasaan aku for this guy, jawapan aku tak. aku tak menyesal sebab aku rasa aku jatuh hati pada orang yang betul. Setiap kali doa, aku akan titipkan nama dia dalam doa aku. Tapi beberapa bulan ni, aku terfikir aku memang nak A ni tapi betul ke dia yang terbaik untuk aku? Bayangkan eh, aku memang betul-betul nak A ni tapi what if rencana Allah lebih baik dari yang aku titipkan hari-hari ni? Who knows kannn 💁🏻‍♀️ Jadinya sejak dari tu, aku tukar doa aku 🙂‍↕️

Ramai yang tanya aku, kenapa masih single? kenapa tak mencari? kenapa taknak terima je lelaki yang nak kan aku untuk lupakan crush yang ni? Aku selalu akan jawab sebab nak enjoy dulu. Tapi kalau kau nak aku bagi jawapan yang datang dari lubuk hati aku, aku akan kata aku tak berani. Aku takut nak terima orang yang betul-betul suka aku hanya untuk lupakan seseorang, sebab bagi aku bila aku buat macam tu aku tak jujur dengan dia. Aku taknak sebab aku nak move on, orang lain yang jadi mangsa. Macam tu laaaa HAHAHA lagipun aku tak moveon lagi dari A. Untuk aku confess kali ke-empat, mungkin boleh jadi tapi setakat hari ni jawapan aku masih firm untuk tak confess. Kalau la tiba-tiba kali ni dia terima aku, aku akan rasa macam dia terima aku tu hanya atas dasar rasa kesian. Saya tak mahu. Saya masih sayangkan diri saya. Rasa suka aku tu hanya akan disimpan sendiri. sampai masa mungkin rasa suka tu akan hilang ditelan arus masa 🥲🙃🤣

Kalau sembang pasal A ni dia memang akan panjang. Jadi mana yang baca, terima kasih la membaca luahan yang tak berapa nak bernas ni. Semoga yang membaca kali ni, terus suksesss doakan saya yang baik-baik ajeee hahahha

No comments:

Post a Comment