Friday, 13 October 2023

TOPENG

Ketika mana mereka mula menjauhi diri
Aku sembunyi di sebalik topengku sendiri
Tanpa aku sedari
Aku ditinggalkan lagi
Sepi menyendiri di sini

Adakah aku yang bersalah?
Aku juga mahu
Berinteraksi seperti mereka 
Agar mudah didekati semua

Namun bila aku jumpa golongan sebegini
Aku mula mendiamkan diri
Menyendiri dalam dunia buatan sendiri 

Dalam konteks perbicaraan 
Aku sering kali disalah ertikan
Dikala aku diam membisu 
Katanya aku penuh amarah

Otak ligat berputar seiring dengan masa
Mencuba untuk menyusun kata 
Agar tidak menyinggung rasa

Aku tidak tahu sampai bila harus berjalan
Di atas kerikil tidak bertuan
Diterpa gelojak benteng keegoan

Aku bercita ingin menjadi sang suria
Menyinari hari tanpa dipinta
Menjadi tempat ketenangan jiwa
Juga menghangatkan rasa
Tanpa mengira peringkat usia 

Cahaya kehidupan menerangi hidup manusia
Kegelapan juga sebahagian dari kita
Jika ujian dilihat dengan hati yang terbuka
Itu akan menjadi penguat bukan penghancur nestapa

Aina M

No comments:

Post a Comment