Aku lari
Dari kegelapan yang menjerat jiwa
Dipenuhi bisikan
Yang aku sendiri tak faham butirnya
Dipenuhi mata
Yang menilai tanpa suara
Namun tetap terasa dalam
Bayangan tetap mengekori
Walau langkahku menjauh tanpa henti
Hingga akhirnya
Aku kembali
Ke titik permulaan yang aku cuba untuk tinggalkan
Hati ini
Memberontak mahukan kebebasan
Lari dari kegilaan realiti
Aku mencari ruang sunyi
Namun sunyi itu terlalu telanjang
Tidak menyenangkan
Bayangan tetap memantul
Mengheret luka yang masih belum kering
Bayangan yang aku pernah peluk
Kini berlayar satu persatu
Meronta -ronta
Minta dilepaskan dari genggaman yang tidak rela
Aku hanya mahukan cahaya
Walau sekilas cuma
Aku mahukan ketenangan
Walau hanya dalam mimpi malam
Andai cahaya itu sekadar mimpi
Biarkan aku lena sedikit lagi
Biarkan ketenangan
Membalut segenap tubuhku
Kerana mimpi itu
Aku masih percaya pada cahaya
No comments:
Post a Comment