Monday, 26 January 2026

nak kirim doa tak?

 Hi girlies! 


Ingat posting sebelum ni ? I did mention missing my usrah girls ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Guess what? They finally messaged me back after few days. But nevermind bro, they are so busy with their life. 

One of them menyampaikan khabar berita yang baik which are, she's going for umrah in Ramadhan and Syawal. I am super duper happy for her dooo. Dia minta doa untuk dikirimkan dan I am soooo terharu bila ada orang ingat kitaa, yang sudi selitkan nama kita dalam setiap doa dia. I am not crying over here ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Anddddddd, dia ada bagitau kalau-kalau korang nak kirim doa pada dia jugak. InsyaAllah dia akan bacakan. Kalau nak kirimkan doa, bagi nama penuh beserta doa yang spesifik. Tapi tak perlu sampai buka aib sendiri. Sebab kita tak tau, dalam ramai-ramai doa siapa yang diangkat. Jadi tak salah nak minta orang doakan. Kalau rasa nak kirim, tulis la dalam words ke whatsapp ke apa-apa yang kau rasa mudah. Incase, kalau-kalau rasa malu takut aku terbaca ke apa, direct je DM aku minta nombor dia untuk hantar kiriman doa korang. Dialu-alukan. Oh, and lagi satu, kalau ada niat nak sedekah masa dia kat mekah dan madinah pon boleh direct dia. She will help you. No worries. But, just make sure to send you doa before March 10th. Still got time to figure out what you want la. Remember, jangan takut berdoa untuk sesuatu yang mustahil sebab Allah ada sejuta cara untuk mengabulkan doa kita. 

I think that's all for today. Just doakan semua urusan kita semua dipermudahkan. Amin

Monday, 19 January 2026

topik berat, jodoh?

Hi, 

I'm back with new content. 

Today I'm visiting relatives, couzie and her newborn baby ๐Ÿ’“ Both mother and baby is in a good condition. Bau syurga beb and I love it. But I chose not to kiss the baby due to health reasons, just to be safe. Aku ni rajin selsema pulak ๐Ÿ˜“ Hari ni banyak betul ya topik yang keluar including bab jodoh. I was told to, pedulikan apa orang nak kata. And indeed, this is so damn true, man. Soal jodoh dan ajal, kita serahkan kepada Allah. Jangan cuba mengatur apa yang bukan urusan kita. Sejauh mana pun kita larikan diri, seceruk mana pun kita bersembunyi di muka bumi ini, takdir tetap akan menemui kita. I put my trust on Allah with everything. Bab ni selalunya akan muncul dalam kalangan pakcik makcik, orang-orang tua atau yang orang muda yang jenis kepoci. Just think a bit positive, mungkin mereka-mereka ni takda topik nak sembang. Just reply them with sweet smile. Tak rugi apa-apa pun. Kata kat mereka-mereka ni, doakan lah. Mana tau impian kita nak naik pelamin bakal tercapai? Jangan rasa terbeban. Kadang- kadang kita pon tak tau doa siapa yang diangkat. Semoga yang tengah membaca ni, yang mana status masih single ya, dikurniakan rezeki munakahat berpanjangan, penuh sakinah dan rahmah. 

If you read this, I might listening to hindustani songs while updating my blog. Or sleeping ๐Ÿ˜‚

Writing about this reminds me two of my friend. We girlies memang suka sembang topik berat. Deep conversation about pengalaman hidup, berita semasa, jodoh. Jangan ingat perempuan hanya tau gosip je eh. What I love is, semua perbualan kitorang akan selitkan sekali dengan landasan keagamaan. Mini usrah mungkin? It’s meaningful and fun. Kadang-kadang, bila topik berat tu ada sentuhan agama, dia jadi lebih reflektif. Mengingatkan yang hati kita ni sebenarnya dipegang Allah. Kadang-kadang, small reflection tu boleh bagi ketenangan dan clarity dalam hidup. Kinda miss them tonight ๐Ÿ˜‚ Hi girlies, if you are reading this, ketahuilah I am missing you guys. Kalau tak baca pun, aku akan tetap menghantui lubuk whatsapp kalian ๐Ÿ˜‚

It's already 00:30 and tomorrow is gonna be Monday blues. So i should be sleeping now. Byebye⭐๐ŸŒ™


Wednesday, 14 January 2026

TEMPOH BERTENANG

 Journal #02/26 - Selasa, 13Jan2026


You know, I gave myself some kind of tempoh bertenang untuk 15 hari. Just untuk fokus kat diri aku sendiri je. Nothing more. And guess what? I love it, bro! Nothing to regret dooo and sekarang aku dah start rasa nak panjangkan tempoh ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Ini adalah treatment yang aku suka as a starter for the year 2026. 

Semoga aina makin sayang diri sendiri and just block anasir- anasir yang tak guna ni!

APA NAK BUAT TAHUN 2026 NI?

Journal #01/26 - Ahad, 11Jan2026

First journal untuk tahun ni. Tahun ni aku nak cuba rekod perjalanan hidup aku untuk sepanjang 365hari ☺ Harapnya istiqamah la nyah ๐Ÿ˜… 

Harini aku duduk diam-diam fikirkan idea sedalamnya apa yang aku nak buat sepanjang tahun ni. Umur menganjak lagi satu tahun, terfikir nak cabar apa kat diri yang satu ni. Kadang-kadang aku memang sangat memerlukan checklist untuk keep my life in track sebab aku ni kadang-kadang cadangnya masa awal tahun lain, tapi buatnya lain. Jadi tahun ni, kita ambil inisiatif untuk buat list, tuliskan atas satu kertas dan kita cuba untuk merealisasikan matlamat hidup satu per satu. Tujuan aku adalah untuk melatih diri aku untuk cabar benda baru sambil mencari apa kelebihan aku sebenarnya. 

Lepas dah fikir dalam-dalam, aku datang dengan 15 idea baru dan gunapakai 5 idea dari tahun lepas. Jadi, ada 20 idea yang bakal aku realisasikan. Matlamat utama aku adalah lebihkan pergi bercuti dengan ibu ayah aku tahun ni, join sukarelawan, dan sambut birthday family aku dengan cara yang lain. Macam tahun-tahun sebelum, aku akan order je dari peniaga kecil dan hantar makanan dekat surau rumah aku yang terdekat. Berbeza dengan tahun ni, aku sendiri yang akan masak dan hantarkan pada mana-mana tempat yang aku plan nak letak. 

Tahun ni kita akan cuba realisasikan satu per satu tanpa carry forward ke tahun yang akan datang. Semoga apa yang kta nak buat ni tercapai. Amin. 

Wednesday, 7 January 2026

OPENING SEASON - ALREADY NEW YEAR??

07 Jan 2026.


Already late for 7 days but still, Happy New Year folks! 

It is only the first month, yet I can already feel the heat building inside me.

Sebab kerja? Atau sekeliling? I do not know either.
Bila otak mula penat, this is the moment I remind myself to pause—take a deep breath and sit quietly. Ambil masa sikit untuk kumpul semula mood yang hilang.

Selalunya tak lama pun. Duduk diam sekejap, jalan ke toilet, sembang ringan dengan sesiapa yang ada. Lepas tu… done! I'm okay.
It feels like a small reset—a brief pause before life continues again.

Do you know what i did today? I finally wrote down my 2026 goals. No rush—just small reminders of where I want to go. Not to pressure myself, but to remind me that I am still moving. Even a tiny step still means I am moving forward.

Doakan saya. 

And to those who read this — Semoga kalian sentiasa sihat dan gembira dalam kalangan yang tersayang. Semoga senyuman kalian akan tetap bersinar walaupun kehidupan dilanda onak duri dan harapan hati yang tulus akan terus dirahmati dalam setiap detik kehidupan. Hidup kita akan sentiasa dilanda ombak, jadi diharapkan agar kalian akan tetap teruskan berjalan kerana setiap langkah, sekecil mana pun akan tetap membawa kamu kepada ketenangan. Penat? Berhenti sedetik. Berhenti bukan bermakna kita putus asa namun memberi ruang untuk bernafas, mengumpul kekuatan, dan bangkit semula dengan hati yang lebih tenang. 

Ingatlah, ada doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah kalian dan kasih yang terucap itu sentiasa berharap yang terbaik untuk kalian, Semoga tahun 2026 ini hadir dengan harapan baru, membawa sinar yang lebih bermakna dan memori yang lebih indah berbanding tahun sebelum. 


your pretty girl, 

Aina

Wednesday, 24 September 2025

RAHSIA HATI DIBALIK WAKTU

Pernah tak

kau menaruh hati pada seseorang

dalam diam dan tempoh yang tak terlintas dek akal kau?

 

Kau sendiri tidak tahu

Apa yang sedang kau rasakan pada saat itu

Suka? Sayang?

Atau sekadar ilusi yang terlalu lama kau peluk?

 

Aneh, bukan?

Rasa itu seolah-olah tidak pernah padam

Cuma lebih bijak menyembunyikan diri

 

Usah kau salah faham

Ini bukan kisah yang bakal buat kau tenganga

Atau penuh babak dramatic yang bakal menjulang emosi

 

Cuma

Dan jika kau pernah menyukai seseorang itu dalam diam,

Mungkin… kau juga akan faham

 

Zaman sekolah adalah antara bab termanis dalam sepanjang hidup aku. Fikiran masih ringan, hidup juga belum berselirat --- tidak seperti sekarang. Yang penuh dengan soal kerja, masa dan realiti yang memenatkan.

Ya, waktu itu juga ada pahit getir kehidupan.

Tapi anehnya, kenangan manis tetap menyinari.

Di situ semuanya bermula, dimana banyak perkara perkara pertama berlaku.

Dan situ juga, tersimpan satu kisah hati

Yang sehingga hari ini, aku masih diam-diam mengharap.



03/06/2025

Sunday, 30 March 2025

RAMADHAN 1446H

Assalamualaikum and hi peopleeee ๐Ÿจ Tomorrow dah raya people! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป

Aku minta maaf kalau ada diantara korang yang terkecik hati ke terguris hati ke terus takda hati ke dengan lisan atau perbuatan aku sama ada secara sedar ataupun tak. ๐Ÿ™๐Ÿป Kadang2 aku ni tak perasan perbuatan atau lisan aku ni buat orang terasa. 

Semoga hari2 kita yang mendatang lebih baik dari semalam dan semua urusan kita dipermudahkan sentiasa. 

Semoga kita jumpa ramadhan tahun depan dengan versi kita yang lebih baik dari sekarang. InsyaAllah


-Aina Mazlan-

Thursday, 19 December 2024

END OF 2024

Dalam tak sedar, 2024 dah pun sampai ke penghujung. Rasa macam baru je lagi masuk tahun baru ๐Ÿคฃ I baru perasan, I takda tulis apa pon sepanjang tahun ๐Ÿคฃ Mungkin kita boleh tambah azam 2025 untuk menulis dengan serius ๐Ÿคท๐Ÿป‍♀️ 

I've learned to survive. Physically and mentally ๐Ÿ˜ฎ‍๐Ÿ’จTapi tiada masalah, hari-hari pun satu proses pembelajaran. Tak kira la benda tu baik ke buruk, it's okay bebeh. Life is a journey, not a destination. Hidup kena keras! Terpaksa mengeras demi hari-hari yang mendatang walaupun kitanya ni manjah. Kalau tak tahan kita menangis dulu puas-puas, then biarkan kesakitan tu hilang ditelan arus masa.  The most important thing, kita buat yang terbaik! Buat yang terbaik supaya kita takda rasa menyesal kemudian hari. Akan ada satu masa nanti, kau sendiri pun tak pernah sangka kau dah melangkah sejauh ni. Keep surviving lepas physically mentally tortured. Masa tu kau patut bangga dengan diri kau. I ni pun setiap hari ada yang tadahkan telinga dengar I merungut๐Ÿคฃ Maafkan saya, mangsa bebelan yang tercinta. ๐Ÿ™‡๐Ÿป‍♀️

Tahniah to those my friends yang baru nak mendirikan rumah tangga, those yang dah ada halal boyfie and tak lupa pada yang bakal ada mini handbag ๐Ÿคฐ๐Ÿป atau menambah mini handbag ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐ŸผSemoga kalian semua sentiasa bahagia di samping yang tersayang. To those yang belum jumpa halal partner, boleh tamatkan lesen single anda dan teruskan renew untuk tahun yang seterusnya ๐Ÿคท๐Ÿป‍♀️๐Ÿคฃ

Pada kalian yang membaca catatan saya kali ini, saya mohon maaf kalau ada yang tersinggung dengan perbuatan atau percakapan saya. Semoga kalian sentiasa dalam keadaan yang sihat, makin sihat dan terlajak sihat. 

Semoga tahun 2024 menjadi tahun yang mencipta banyak memori pahit manis kehidupan. Teruskan melangkah ke hadapan instead of meratapi sesuatu yang dah pun jadi. Enjoy your life ❤️

Akhir kata dari saya, doakan saya sentiasa menerima benda yang berlaku dengan hati yang terbuka dan yang penting, dapat jumpa halal baobei saya sendiri! Bubbye! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป

ANM

Wednesday, 18 December 2024

TERUNTUK BUAT SI DIA

Aku menyukaimu 
Bahkan setelah empat tahun berlalu 
Aku masih menaruh hati padamu 
Tanpa kenal erti jemu 
Berani aku ungkapkan 
Walau tiada jawapan kau berikan 
Aku masih teguh berdiri menunggumu 
Walau aku tahu 
Mustahil untuk kau rasakan yang sama 

Aku mahu kita sepasukan 
Punya ruang untuk saling meluah 
Segala yang terbuku didalam hati 
 Ruang berteduh saat hati dilanda badai 
Aku mahu sentiasa disitu 
Pada setiap titik terendah dalam hidupmu 
Juga ruang kau berkongsi gelak tawa kegembiraan 

Aku tahu kau tidak akan pernah aku dapat miliki 
Namun aku akan tetap menyukaimu 
Sehingga rasa suka itu Hilang dengan sendiri 
Ditelan arus masa 
Jika benar engkau ditakdirkan buat aku 
Sejauh mana pun kita berada 
Kita akan tetap bersama

ANM

Wednesday, 18 October 2023

LUMRAH KEHIDUPAN - 07102023


“Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati”

                                                                                                                    (Surah Al-Imraan, ayat 185)

 

Perginya seorang insan buat selamanya. Walaupun bukan saudara terdekat, namun masih bergelar keluarga. Pagi itu, aku tiba di perkarangan masjid. Setelah bersalaman aku duduk bersama sanak saudara yang lain. Aku mendengar tangisan kecil dalam kalangan mereka. Sang ibu tetap kelihatan kuat. Cuba untuk merelakan pemergian si anak. Aku sedar kehilangan seseorang bukanlah sesuatu yang mudah buat manusia menghadapinya. Sanak saudara, rakan-rakan juga jiran terdekat mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan. Nampak mudah tetapi mempunyai orang-orang yang baik sekeliling kita juga adalah rezeki.

Kematian adalah lumrah kehidupan. Ia pasti akan berlaku walaupun sedaya upaya kita cuba untuk mengelaknya. Yang pergi, pasti akan pergi. Kita sebagai orang yang masih diberikan peluang oleh Allah, harus tetap kuat menjalani hidup kita dengan penuh rasa tanggungjawab. Kita perlu teruskan kehidupan kita seperti biasa walaupun rasa sedih menyelubungi diri. Kata-kata maaf tidak boleh dilontarkan sesudah seseorang itu tiada di atas muka bumi ini lagi tetapi kita masih boleh menghadiahkan cebisan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran kepada mereka. Sedang kita mengingati dan tangisi mereka yang tiada, tanpa kita sedar kadang-kadang ia dapat mendatangkan keinsafan kepada diri kita sendiri. Ingatlah ajal bakal menjemput kita pada bila-bila masa tak kira di mana kita berada tanpa kita duga dengan izin Allah yang Maha Esa.


Aina Mazlan 

Friday, 13 October 2023

TOPENG

Ketika mana mereka mula menjauhi diri
Aku sembunyi di sebalik topengku sendiri
Tanpa aku sedari
Aku ditinggalkan lagi
Sepi menyendiri di sini

Adakah aku yang bersalah?
Aku juga mahu
Berinteraksi seperti mereka 
Agar mudah didekati semua

Namun bila aku jumpa golongan sebegini
Aku mula mendiamkan diri
Menyendiri dalam dunia buatan sendiri 

Dalam konteks perbicaraan 
Aku sering kali disalah ertikan
Dikala aku diam membisu 
Katanya aku penuh amarah

Otak ligat berputar seiring dengan masa
Mencuba untuk menyusun kata 
Agar tidak menyinggung rasa

Aku tidak tahu sampai bila harus berjalan
Di atas kerikil tidak bertuan
Diterpa gelojak benteng keegoan

Aku bercita ingin menjadi sang suria
Menyinari hari tanpa dipinta
Menjadi tempat ketenangan jiwa
Juga menghangatkan rasa
Tanpa mengira peringkat usia 

Cahaya kehidupan menerangi hidup manusia
Kegelapan juga sebahagian dari kita
Jika ujian dilihat dengan hati yang terbuka
Itu akan menjadi penguat bukan penghancur nestapa

Aina M

Saturday, 11 March 2023

TWO THOUSAND TWENTY TWO

Hi! It's Aina. Yeah, i know it's already first quarter of new year but my post is about last year. A bit late but who cares? 

2022 is a tough year for me. Well I don't think it's only me... I mean for all of us. Tough year on career, love, family, everything. Physically and emotionally abused. 

Special note to myself, 

*pat my own head*
Thank you for doing your best. 2022 is a tough year. A year full of lessons. Thank you being you and I hope you keep improving. Just enjoy everything you do and keep loving yourself. What people think about you, it just a bull$hit thing. Stop stressing over things you can't control. Being angry is hurting you more than them. Keep sabar.  

Thank you to those who keeps celebrating with me through our ups and down. I wish all of you stay healthy around people you love. Be the best version of yourself. To those I lost communication with, please remember you guys made me happy once in my life. I hope your 2023 will full of manifesting happiness, success, love and always in a pink of health. Goodbye and have a good day ahead!


ANM
01032023

Monday, 2 May 2022

EID MUBARAK

EID MUBARAK EVERYONE!
Wishing you all a very happy and peaceful Eid! 
I apologize for all my mistakes, I'm sorry if I ever hurt you, or do/say something that makes you feel bad. My deep apologize for everything I've done ๐Ÿ™ Semoga amal ibadah kita semua diterima dan menjadi berkah ๐Ÿ™

May this Eid be filled with pleasure, happiness, wealth, and the affection of your loved ones. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!! ๐ŸŒ™ 
& Happy Holiday!! ❤

ANM 
2nd May 2022

Wednesday, 23 March 2022

EXPERIENCES THAT CANNOT BE FORGET

Hi everyone! 

I'm back! Is it too late to wish you guys a Happy New Year? Nevermind, to people who read my post, I wish this year will brings you happiness, peace of mind, and prosperity. Now, let start my writing. I guess this is my first post for the year 2022. 

It is about my previous employment. I am working with insurance company in medical claims as a contract. So obviously, I am dealing with claims. For the first two months, I am fine and happy with my job. I gain new knowledges and I made new friends although they are super busy with their job. I still can manage to spend time with my family on weekend and public holidays. But everything changed. For the following month, all of us need to work harder. We need to achieved our daily target on processing claims, and need to work on the weekend and public holidays. If we couldn't manage to achieve the daily target, warning letter will be released. We also mandatory to work overtime (OT) whenever they ask to. It can be once a month. Usually they gave 1.5 week to manage 10hours mandatory OT. It's really tiring. Mentally and physically exhausted. I once approach my leader about these working overtime, asking why is it become mandatory whereas in my knowledge it suppose to be willingness for the both parties. But I feel dissapoint with her answer where she stated that working overtime is not about willingness, when your boss ask you to come to work, then you have to do it. I couldn't do anything so I just shut my mouth. Although working overtime can make you get some extra money, I couldn't find happiness in me. I am so damn furious, rebelling about this. I feel like they are forcing me to do something which against my will. What makes it nonsense, we only get paid when we do extra claims. For example, if our daily target for processing claims is 260 and per hour is 33. If we manage to clear 293 claims within 9 hours working, we get paid for working overtime. Only if we manage to clear that 293. In managing my task, I usually sacrifice my lunch in order to clear all those claims. And I can see that is the working culture happen in that department. We can't chat, turn on the radio, walking to much during working. In a simplest word, we are much more like 'pekerja buruh dalam aircond', dull and too much stress. I also need to learn to process claim all by myself. The leader just say, "okay, you need to process this." In order to do that, I just buddy with anyone but the knowledge is limited since everyone is also need to achieve their daily target. We need to organised our schedule and apply annual leaves a month earlier. Not to mention about emergency and sick leave, the leader ask to process claims if possible although there is sick certificate shown with the reason they are short of assessor. This is not surprising because a lot of them already resigned. They keep pushing us over limit.

During my experience here, I keep thinking is this the kind of life I want to lead? Can this place be my career growth? To be honest, I don't know what is I am learning there. All I know is, I am growing anger, dissatisfaction and hatred inside me. Question myself why can't I do better. I'm not satisfied with myself. There are times that I cried while doing my tasks. It feel like I lost myself while working there. This is not what I want and this is not healthy guys. You need work balance in your life. You need time to spend with your family, friends and the most important thing, you. You need time for yourself. I think I am not regret working there actually because this is a good experience for me to learn managing my own feelings when it comes to deal with these kind of people. 

And now, what I am trying to do is I want to find my old self. It may take times but I pretty sure it is worth it. You just need to trust the process. 

Wednesday, 1 September 2021

DUKA HATI

 DI BAWAH HAMPARAN KEGELAPAN

HUJAN TURUN BERGERENYAI
MENITIS JATUH KE PIPI
SEIRING DENGAN DUKA YANG TAK KUNJUNG REDA

SAAT DILANDA GUNDAH GULANA
HADIRNYA MENGASAK MINDA
DAN AKU TERSUNGKUR JUA
AKU HANYA INSAN BIASA
ADAKALANYA TIDAK MAMPU MENYOROK RASA
DAN AIR MATAKU MENGALIR JUA
WALAU BERKALI AKU CUBA MENYEKA

NAMUN APAKAN DAYA,
KU PENDAM SEBUAH DUKA
KERANA TIADA YANG SUDI BICARA
KU PENDAM SEBUAH DUKA
KERANA KEPERCAYAAN YANG MENERUS TERNODA
KU PENDAM SEBUAH DUKA
KERANA KU YAKIN PADA KUASA-NYA

AKU MASIH TERSENYUM
DI BALIK KESEDIHANKU
MELITUPI SEGALA DUKA
YANG TERSEMAT DI JIWA
SETIAP KALI SENYUMAN MENITI
PEDIH SEAKAN DATANG MENGUNJUNG
MELAKAR KATA YANG TIADA SIAPA DAPAT FAHAMI

TIDAK MENGAPA
JIKA LUKA MEMBEKAS DI LUBUK HATI
AKU AKAN BAIK SAHAJA
MESKI
ADA RASA BERKECAMUK DI DALAM HATI
AKU AKAN TERUS TERSENYUM
BERSAMA SELINGAN GELAK TAWA
TANPA MENGHIRAUKAN BEBAN YANG DIRASA

ANM

RANDOM WORDS


 AKAL

ADAKALANYA BERPUTAR TANPA DIPINTA
LIGAT BERPERANG DENGAN EMOSI
MELEMAHKAN SEMANGAT
YANG KIAN MEMBARA
SETIAP JAWAPAN YANG HADIR
PUNYAI SERIBU MAKNA TERSEMBUNYI
HARUSKAH AKU BIARKAN?
RASA AMARAH YANG TERUS MENGGILA
KECEWA YANG SERING MEROBEK DADA
APA YANG AKU INGIN KAN
HANYALAH SECEBIS
KEBEBASAN


SATU

PUISI BUAT SANG PERINDU
SEPINYA BILA KAU TIADA DI SISI
HANYA KALBU DAN IRAMA LAGU YANG MENGIRINGI
SETIAP BAIT MENGINGATKAN KU
AKAN PADA DIRIMU
AKU RINDU AKAN SENYUM MU
GELAK TAWAMU
MEMORI BERSAMAMU
KERANA DIRIMU MEMPERSONAKAN KU
TANPA KU SEDAR
MATAKU DIRENGGUT ARUS MENDERAS


TINDER

PERKENALAN BERMULA
SEGALANYA INDAH
SEPERTI UDARA PAGI YANG LEMBUT
MENGALIR DERAS DALAM SETIAP NADI
HARI DEMI HARI
MAKIN MEKAR DIHATI
NAMUN CINTA YANG HADIR
HANYA PERASAAN YANG KURASA SENDIRI
HATIKU HANCUR
DITUSUK SEMBILU
KU SIMPAN RASA
DILUBUK YANG PALING DALAM
DENGAN HARAPAN
CINTA ITU HILANG DITELAN ARUS MASA


ASSALAMUALAIKUM

BIBIT SALAM DITANCAPKAN
BUAT PEMBACA
TANDA PERKENALAN
LEWAT SELEMBAR KERTAS
WUJUDNYA IKATAN PERSAHABATAN
MALAM SUDAH MENJELANG
MENJADI REMBULAN YANG TERANG
SULUH LAH MIMPI MALAM KU
BIARKAN SEINDAH BULAN PURNAMA
AKAN KU AKHIRI PUISI INI
DENGAN UNGKAPAN
ASSALAMUALAIKUM






ANM

LELAH

 




Cahaya terpancar menerangi kegelapan
Terngiang sunyi hembusan angin
Satu.. Dua.. Tiga…
Jarum jam masih berdetak
Aku terdiam tanpa bergeming
Masih kaku terbaring
Meratapi nasib yang mengiring
Sehingga kepala terus berpusing
Lelah.. aku lelah..
Tidak tahu sampai bila harus berjalan
Melangkah di batuan
Tergores kerikil tajam tidak bertuan
Diterpa gelojak benteng keegoan
Aku menangis kesepian
Tenggelam dalam lautan kesedihan
Sunyi, gelap, tanpa ada yang mengetahui
Ku sembunyi disebalik topeng kegembiraan
Menutupi kesedihanku
Suara putus asa berdesing keras
Ketakutan mengiring jelmaan neraka kehidupan
Mata dikatup berusaha ku menepis
Perjuangan ini perlu diteruskan
Walau amat melelahkan
Akan ku tepis lidah belati
Yang dilontarkan di setiap penjuru
Kan ku lebarkan sayap kecilku
Demi kebahagiaan yang dinanti
Teruskan bangkit pabila tersungkur
Hidup ini terlalu singkat
Untuk disiakan
Carilah kebahagiaan
Walau kehidupan penuh dengan onak duri
Kerna itulah pengubat nestapa


Aina Mazlan